Tanggal 13 Mei 2011, mendengar khabar kembalinya ke rahmatullah Wak Semah. Satu lagi generasi ke2 Allahyarham Hj Abd Rahim dan Allahyarhamah Hjh Maimunah meninggalkan kita semua.
Tentunya mak terasa kesedihannya kerana kehilangan kakak dan tak mampu untuk ziarah kali terakhir kerana jenazah dikebumikan di kuala lumpur.
Atas urusan keluarga dan anak-anak, saya juga tak dapat menatap wajah akhir wak semah, hanya kiriman doa dan fatihah semoga rohnya sentiasa dlm kasih sayang allah dan ditempatkan bersama golongan para syuhadah.
Hanya foto-foto allahyarhamah yg dirakam pada aidilfitri 2010 menjadi kenangan semua yang ditinggalkan.
kepada semua ahli keluarga wak semah diucapkan takziah dan bersabar menerima ketentuan allah swt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan