Isnin, 1 Ogos 2011

sElAmAt BerPUaSa

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa

Ahad, 29 Mei 2011

28 Mei 2011 - Waris Hj Rahim

Tanggal 28 Mei 2011 menemukan 4 waris kedua Allahyarham Hj Abd Rahim dan Allahyarhamah Hj Maimunah dalam majlis kenduri di rumah Cik Yah. Kirimkan doa dan al-fatihah kepada waris yang telah pergi menemui penciptanya, moga sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT. amin.

Ahad, 15 Mei 2011

Allahyarhamah Hjh Asmah Hj Abd Rahim Dlm Kenangan

Tanggal 13 Mei 2011, mendengar khabar kembalinya ke rahmatullah Wak Semah. Satu lagi generasi ke2 Allahyarham Hj Abd Rahim dan Allahyarhamah Hjh Maimunah meninggalkan kita semua.

Tentunya mak terasa kesedihannya kerana kehilangan kakak dan tak mampu untuk ziarah kali terakhir kerana jenazah dikebumikan di kuala lumpur.

Atas urusan keluarga dan anak-anak, saya juga tak dapat menatap wajah akhir wak semah, hanya kiriman doa dan fatihah semoga rohnya sentiasa dlm kasih sayang allah dan ditempatkan bersama golongan para syuhadah.

Hanya foto-foto allahyarhamah yg dirakam pada aidilfitri 2010 menjadi kenangan semua yang ditinggalkan.

kepada semua ahli keluarga wak semah diucapkan takziah dan bersabar menerima ketentuan allah swt.

Isnin, 28 Februari 2011

PERGI TAK KEMBALI


Dukacita dimaklumkan bahawa TUAN HAJI SABUDIN BIN HJ NOR telah kembali ke rahmatullah pada 28 FEBRUARI 2011 ( Isnin ) jam 6.00 pagi. Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Al -Abrar, Bt 2 Sapintas. Kepada Allah SWT diserahkan untuk diberi sebaik-baik tempat disisi para syuhadah dan rohnya sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayangnya setiap ketika. Takziah kepada seluruh keluarganya.

AL- FATIHAH

Sabtu, 11 September 2010

Aidul Fitri 2010/1431 telah disambut dgn sederhana, tapi tahun ni gila bergambar...... setiap rumah pi raya mesti amik gambar..........dah upah jurugambar semipro........nak tengok lagi gambar-gambar raya Explore SLIDE GALERI.......... Aidil Fitri 2010

Ramadhan 1431H hanya tinggal beberapa hari sahaja tanpa kita sedari. Aidil Fitri 1431H / 2010M semakin hampir untuk dirayakan dengan penuh keinsafan oleh semua muslimin dan muslimat tidak kira di mana berada. Aidil Fitri dari dulu hingga kini memang saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Ketika kita menjadi anak-anak, Aidil Fitri juga kita raikan dalam suasana meriah walaupun dalam serba kekurangan. Bertuah anak-anak hari ini menyambut Aidil Fitri dengan baju baju dan semuanya nak baru.........
Lihat saja teratak di atas................mengingatkan zaman penuh kepayahan........... biarlah ia berlalu.................

Selasa, 27 Julai 2010

berita terkini

Hari Ahad - 25 Julai 2010, malang tak berbau, emak jatuh dalam bilik, nasib baik tak teruk, doktor kata patah pergelangan tangan, tapi tak terkulai, simen sikit, hari Rabu 28 Julai jumpa doktor lagi utk pemeriksaan lanjut. Emak kata dah tak sakit, cuma tangan bengkak sikit. Semua anak cucu cicit doakan moga cepat sembuh.

Selasa, 15 Jun 2010

Family's Day 2010

Tarikh :
12 - 14 Jun 2010
Tempat :
Havana Beach Resort, Pulau Pangkor
Peserta :
Kita-kita je.............
Lihat SLIDE GALERI....................

FAMILY'S DAY PANGKOR 2010 - 12 JUN

FAMILY'S DAY PANGKOR - SUKANEKA 13 JUN

FAMILY'S DAY PANGKOR - KENANGAN TERINDAH 13 JUN 2010

FAMILY'S DAY PANGKOR-14 JUN